fbpx

JPJ diberi penarafan 5 bintang – Cuepacs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mengesahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah antara yang terbaik dalam agensi perkhidmatan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, perkhidmatan JPJ diberikan penarafan 5 bintang oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebelum ini.

Katanya, penarafan itu diberikan atas kualiti dan produktiviti tinggi yang dihasilkan setiap tahun serta pelbagai inovasi dilaksanakan jabatan berkenaan.

“Cuepacs mewakili warga kerja JPJ mengambil perhatian sepenuhnya teguran oleh Menteri Pengangkutan mengenai kesesakan yang berlaku dalam sistem perkhidmatan kaunter. Sudah tentu teguran itu akan diambil sebagai suatu perkara yang positif bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan.

“Sehubungan itu, Cuepacs memohon supaya Menteri Pengangkutan dan kerajaan untuk menaik taraf sistem perkhidmatan JPJ mengikut keperluan semasa dengan memberikan peruntukan mencukupi bagi mencapai sistem pendigitalan yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Adnan turut memberitahu, JPJ sentiasa menerima peruntukan yang terhad walaupun merupakan penyumbang kutipan hasil ketiga negara yang tertinggi.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong melakukan lawatan kerja mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor sebelum menzahirkan perasaan dukacitanya dengan perkhidmatan yang disediakan agensi berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, sistem perkhidmatan kaunter JPJ yang sedia ada telah berusia lebih 10 tahun terlalu kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI