fbpx

1,299 premis termasuk 351 bangunan kerajaan tiada FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan (kanan) pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Melaka di Kota Laksamana, Melaka hari ini.

MELAKA – Sebanyak 1,299 premis di seluruh negara termasuk 351 bangunan kerajaan masih belum mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid merangkumi bangunan hotel, pejabat, storan am dan pusat beli-belah.

Katanya, berdasarkan rekod sehingga bulan ini, terdapat sebanyak 8,328 premis berstatus ‘premis ditetapkan’ di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 7,829 premis telah mendapat FC, manakala 1,299 atau 15.6 peratus bagaimanapun masih belum mempunyai sijil perakuan bomba itu.

“Sebanyak 1,299 daripada keseluruhan 8,328 premis masih lagi berada pada status ‘tiada perakuan bomba berkuatkuasa’.

“Mengikut pecahan, 642 daripada jumlah premis tersebut adalah bangunan kerajaan dan hanya 290 telah mendapat FC, manakala baki 351 masih belum mempunyai perakuan bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jabatan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Melaka di Kota Laksamana di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis itu beliau turut menyampaikan Skim Takaful dan sumbangan berjumlah hampir RM194,000 kepada Noraida Che Nor iaitu balu kepada Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat di sini, bulan lalu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI