fbpx

Perak warta 1,741 hutan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran penanaman pokok ke 2 juta pada Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Perak mewartakan 1,741 hektar kawasan hutan di negeri ini sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pewartaan berkenaan telah mendapat kelulusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sejak tahun 2017 sehingga 2021.

Menurut beliau, kawasan berkenaan meliputi daerah Kinta, Manjung, Larut Matang dan Selama serta Perak Selatan di Bagan Datuk.

“Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kita telah meluluskan cadangan 1,741.2 hektar untuk diwartakan sebagai hutan simpan yang baharu termasuklah 139.21 hektar di Bagan Datuk pada 15 September lalu.

“Sebelum Sahabat Alam Malaysia (SAM) minta kita dah luluskan banyak tempat seperti di Kinta, Manjung, Larut Matang dan Selama serta Perak Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput (U) di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai jumlah pampasan yang bakal dimohon kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan bagi memulihara hutan dengan baik, Saarani memaklumkan pihaknya belum menetapkan sebarang jumlah.

Katanya, perkara berkenaan memerlukan perbincangan terlebih dahulu sebelum diputuskan selain berjanji tidak akan menuntut perkara yang pelik.

“Kalau Kedah minta RM100 juta, Perak lagi tinggi sebab negeri kita besar, tapi kita kita tidak akan menuntut perkara-perkara yang pelik dan ia juga bergantung kepada kemampuan dan persetujuan kerajaan persekutuan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI