fbpx

Pelan Tindakan Perpaduan Negara perkukuh perpaduan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menyerahkan replika Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Kami @ Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita dan Keluarga Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat (kanan) selepas majlis perasmian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 bakal memacu Keluarga Malaysia untuk memahami erti perpaduan dengan lebih luas dan inklusif berteraskan Rukun Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan dua pelan itu akan dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin dalam konsep Keluarga Malaysia.

“Rukun Negara adalah dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang diisytiharkan sejak 31 Ogos 1970.

“Ia bertujuan membina perpaduan kukuh dalam kalangan masyarakat berbilang kaum berlandaskan kesepaduan dan keharmonian antara kaum, menerusi prinsip yang terkandung di dalamnya.

“Pelaksanaan pelan ini adalah usaha untuk mengembalikan impian asal mengenai perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI