fbpx

Peja tepis dakwaan ada kaitan dengan pembeli Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – “Saya tiada kaitan dengan syarikat yang membeli Perak FC.”

Itu tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menepis dakwaan kononnya beliau turut terbabit dalam penjualan tersebut.

Bagaimana pun, bekas Menteri Besar Perak yang mesra dipanggil Peja mengingatkan pemilik Perak FC yang baharu bahawa rakyat dan penyokong menaruh harapan yang besar untuk melihat Perak bangkit dengan kejayaan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya pada Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC) yang telah memiliki Perak FC.

“Saya dan seluruh penyokong bola sepak Perak sudah tentu akan memberi sokongan berterusan. Jagalah pasukan ini dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Derma Darah Perak Foodbank Bersama Kiwanis Jelapang di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas dakwaan warga maya kononnya beliau yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) adalah individu di belakang syarikat IMC.

Pafa sebelum ini mengumumkan IMC sebagai pemilik baharu Perak FC selepas kesemua pegangan saham badan induk itu dijual kepada syarikat berkenaan.

Keputusan itu diambil selepas melihat kesungguhan syarikat berkenaan bagi proses pengambilalihan itu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI