fbpx

Chelsea anggap United belum hilang sengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA berada pada tahap terbaik ketika ini apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir selain sedang menerajui takhta liga. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel percaya skuad kendaliannya hanya akan me­ngundang padah sekiranya meng­anggap Manchester United adalah sebuah pasukan sudah hilang taringnya.

Menurutnya, biarpun United kini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana Inggeris, kekuatan yang dimiliki pasukan berkenaan tidak boleh dipandang mudah atau mereka bakal terlepas peluang mengukuhkan kedudukan di persada liga.

“Saya masih menganggap mereka adalah sebuah pasukan yang mampu untuk mencabar kejuaraan.

“Saya tidak boleh menamakan pemain-pemain mereka yang dianggap sebagai tidak bagus, bukan di liga ini dan bukan dalam perlawanan kali ini. Mereka memiliki pemain berpengalaman dan secara individu mereka adalah pemain-pemain yang hebat,” katanya.

Tuchel turut mendedahkan beberapa elemen penting untuk pasukannya dalam usaha me­ngutip tiga mata terutama ketika perlawanan bakal berlangsung di hadapan penyokong mereka sendiri.

“Kami tidak boleh benarkan mereka selesa bermain dengan cara mereka kerana ia akan memberikan kami banyak masalah. Anda boleh lihat dalam beberapa saat atau minit, pemain mereka mampu untuk berada pada tahap tertinggi,” jelasnya.

Chelsea terdesak untuk menambah mata bagi memastikan kedudukan mereka terus terjamin ketika pencabar utama Manchester City yang kekurangan tiga mata bakal berdepan West Ham United malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI