KEBANYAKKAN pemilik syarikat akan bekerjasama dengan AADK untuk membuat ujian saringan air kencing ke atas pemandu bas. - GAMBAR HIASAN / AFP

Tidak ramai pemandu bas ekspres terlibat najis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kes pengambilan dadah dalam kalangan pemandu bas khususnya bas ekspres sejak kebelakangan ini sangat terpencil jika dibandingkan dalam tempoh 15 tahun yang lalu.

Pengerusi Sekretariat Gabu­ngan Bas Malaysia, R. Thiagarajan berkata, ketika ini kira-kira 5,000 pemandu terdiri daripada pemandu bas sekolah, bas persiaran, bas pekerja dan bas eks­pres bernaung di bawah gabu­ngan kesatuan itu.

THIAGARAJAN

Bagaimanapun, katanya, ha­nya pemandu bas ekspres yang didakwa sering terpalit dengan kes dadah.

“Saya tidak nafikan pengambilan dadah masih berlaku dalam kalangan pemandu bas ekspres, namun bilangannya sangat kecil ketika ini.

“Banyak faktor yang mendo­rong mereka ambil dadah seperti syabu dan ketum sebab nak kejar trip dan juga akibat tekanan daripada majikan atau syarikat yang sudah menetapkan masa untuk mengambil serta menghantar penumpang.

“Jika perjalanan jauh, pemandu bas akan alami masalah tidak cukup rehat dan mengantuk. Jadi, mereka ambil dadah sebagai ‘booster’ untuk bagi tenaga dan kecergasan.

“Selain itu, ada juga dalam kalangan mereka mengamil dadah kerana inginkan keseronokan,” ujarnya kepada Kosmo!.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusa­ha dan Pemandu Bas Gabu­ngan Bas Malaysia Negeri Johor menjelaskan, kes berkenaan ber­ku­rangan ekoran tindakan tegas pemilik syarikat yang terus memberhentikan pemandu jika didapati mereka terlibat dalam pengambilan bahan terlarang.

“Kebanyakan pemilik syarikat akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membuat ujian saringan air kencing ke atas pemandu jika didapati mereka dalam keadaan mencurigakan,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN