fbpx

Tiada kes varian Omicron di Malaysia setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy menandatangani buku kehadiran lawatan Klinik Kesihatan Kapar di pusat kesihatan tersebut di Klang, Selangor, hari ini. - MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Tiada rakyat Malaysia atau luar yang berada di negara ini yang dijangkiti varian baharu Covid-19, Omicron setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung kewujudan varian baharu tersebut berdasarkan pengumuman yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

“Kita telah melakukan tindakan awal seperti menyekat pengembara daripada negara Afrika Selatan, yang dipercayai tempat berlakunya varian Omicron.

“KKM akan meneliti laporan daripada WHO dan beberapa buah negara berhubung kewujudan varian ini di seluruh dunia untuk kita membuat tindakan sekatan terhadap mana-mana pengembara daripada negara yang kes varian Omnicron tinggi,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan dan perasmian Projek Kuarters dan Klinik Kesihatan Kapar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy meminta mana-mana rakyat Malaysia yang pernah melawat Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini untuk melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI