fbpx

Lelaki tular rampas beg ketika kemalangan kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar lelaki yang merampas beg wanita dalam kemalangan itu.

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan wanita yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuh Raya Persekutuan di sini, hari ini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Insiden pukul 1.33 tengah hari itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan lelaki berusia 56 tahun berkenaan meminta wanita tersebut supaya menyerahkan kad pengenalan.

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, lelaki berkenaan kemudian merampas beg tangan dan memasuki keretanya dipercayai untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan pihaknya mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu berlaku di lebuhraya dari arah Klang menuju Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah kereta BMW dipandu seorang wanita dikatakan terlanggar bahagian belakang kereta lelaki tersebut.

“Pelanggaran itu kemudian menyebabkan kereta Proton Gen 2 lelaki berkenaan kemudian melanggar sebuah Honda HRV di hadapannya.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas beliau, pihaknya turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemandu lelaki yang dikatakan merampas beg tangan pemandu BMW tersebut.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 atau 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Sarjan Hafizi Hashim di talian 013-9557042 bagi membantu siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI