fbpx

Peruntukkan RM200,000 periksa kesihatan mata anak Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi tujuan pemeriksaan kesihatan mata anak-anak di seluruh Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, fasa pandemik Covid-19 juga telah memaksa anak-anak kita di seluruh negara menjalani pengajian dan kelas akademik mereka secara maya.

“Terdapat dalam kalangan anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan komputer atau alat peranti masing-masing selama berjam-jam setiap hari demi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti kelas mahupun melaksanakan tugasan masing-masing secara dalam talian.

“Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap tahap kesihatan mata anak-anak ini, yang sememangnya kelas di dalam talian memerlukan mereka memberi fokus di luar kebiasaan berbanding kelas pengajian secara fizikal,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Beliau turut memberitahu, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi tujuan meneruskan misi pengurusan kesihatan mental bagi tahun 2022.

Ujarnya, ini adalah bagi memastikan kelangsungan inisiatif perkhidmatan dalam talian Selangor Mental Sihat.

“Kerajaan negeri juga akan meneruskan program bantuan nutrisi makanan kanak-kanak yang dinamakan sebagai Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) pada tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.

“Ini akan memberi manfaat kepada sehingga 700 kanak-kanak bagi tempoh 10 bulan. Langkah ini selaras hasil kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada tahun 2016 mendapati 1 daripada lima kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun mengalami masalah bantut,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI