fbpx

Darjah kebesaran OC Phang batal, ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Darjah kebesaran Selangor bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang atau Phang Ai Tu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa bulan lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan selepas berunding dengan Dewan diRaja Selangor.

Katanya, OC Phang yang dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) pada 2010 dengan gelaran Datin Paduka telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.

“Justeru, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada Oktober lalu kerana seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah tersebut.

“Beliau dilarang daripada menggunakan gelaran Datin Paduka dan mana-mana pihak turut ditegah memanggil beliau dengan gelaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Haris yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, perkara itu selaras dengan kuasa Sultan Sharafuddin di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran berkenaan.

“Baginda memandang berat reputasi penerima Darjah Kebesaran Selangor terutama pegawai yang terlibat dengan pertuduhan perlakuan tidak berintegriti seperti rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

“Penerima darjah kebesaran itu seharusnya tidak terlibat dengan perbuatan salah laku dan kesalahan jenayah demi melindungi martabat darjah berkenaan serta memelihara status penerimanya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI