fbpx

TFC, MFL dikompaun gagal patuh SOP Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara gagal memastikan penonton mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia pada Isnin lalu, Terengganu FC Sdn. Bhd. (TFC) dikompaun oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur kejohanan Piala Malaysia tersebut turut dikenakan tindakan kompaun.

Beliau berkata, TFC sebagai tuan rumah dan MFL sebagai penganjur kejohanan Piala Malaysia masing-masing dikompaun RM10,000.

“Kedua-dua pihak didapati melanggari Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan mendapati pihak penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna semasa perlawanan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kasemani menegaskan SOP dalam sebarang aktiviti yang menjadi tumpuan ramai mesti dipatuhi sepenuhnya dan JKNT sentiasa melakukan pemantauan pematuhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI