fbpx

Zidane ada sentuhan magis bantu The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE

LONDON – Bekas penggempur Tottenham Hotspur, Robbie Keane percaya bahawa Zinedine Zidane merupakan calon terbaik untuk menguruskan Manchester United selepas peletakan jawatan Ole Gunnar Solskjaer.

Beberapa nama lain turut dikaitkan dengan United sejak beberapa bulan lalu antaranya, pengendali Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag; Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dan Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino.

Zidane ketika ini masih belum menyertai mana-mana pasukan selepas meninggalkan Real Mad­rid pada penghujung musim lalu selepas dua kali mengemudi pa­sukan itu.

Legenda Perancis itu pernah membantu Real meraih dua gelaran La Liga, tiga trofi Liga Juara-Juara berturut-turut sepanjang berada di Santiago Bernebeu menyebabkan Keane percaya tidak ada lagi pengurus yang layak kecuali Zidane di Old Trafford.

“Mengapa Pochettino perlu meninggalkan PSG ketika ini. Beliau sedang memiliki pemain terhebat, (Kylian) Mbappe, Neymar dan (Lionel) Messi? Tiada sebab beliau perlu meninggalkan Paris buat masa ini.

“United tidak berada pada tahap PSG sejak beberapa tahun kebelakangan ini. United adalah sebuah kelab yang besar tetapi sejak tiga atau empat tahun ke­belakangan ini mereka bukan lagi United yang kita kenal sejak 15 ke 20 tahun lalu.

“Pochettino masih belum memenangi apa-apa, beliau sedang memburu kejuaraan liga bersama PSG ketika ini, mengapa beliau perlu korbankan peluang itu untuk ke Manchester United?

“Pada saya, Zidane adalah terbaik. Beliau sedang berada di sana, masih belum mempunyai kerja, beliau pernah bekerjasama dengan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane, beliau memahami cara untuk menjadikan pasukan anda sebagai juara.

“Berdasarkan kejayaan dan reputasi, saya akan memilih Zidane sebagai calon paling sesuai untuk United menggantikan Solsk­jaer,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI