fbpx

Ramai pencarum KWSP bakal miskin ketika tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan kebimbangan mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan akibat pengeluaran akibat Covid-19.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, hal ini bukan sahaja akan membantutkan kehidupan seseorang itu malah memberi kesan kepada landskap ekonomi negara.

“Pada masa ini, 48 peratus ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan pada tahap kritikal menunjukkan peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding sebelum pandemik.

“Dijangkakan ahli KWSP akan mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun di mana mereka perlu memiliki simpanan yang cukup untuk sekurang-kurangnya 20 tahun lagi.

“Dalam pada itu, jika purata simpanan kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai RM13,000, hanya RM54 sebulan akan diterima bagi tempoh persaraan mereka,” katanya ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang berlangsung secara maya dan fizikal hari ini..

Ahmad Badri berkata, ahli KWSP yang mempunyai purata simpanan sebanyak RM38,000 di bawah umur 54 tahun pula perlu bekerja sehingga umur 60 tahun jika ingin mendapatkan semula jumlah yang telah dikeluarkan berkaitan Covid-19.

“Sehingga 31 Oktober, sejumlah RM101.1 bilion telah dikeluarkan di bawah i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra di bawah program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion secara keseluruhan bagi membantu rakyat Malaysia”, ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN