fbpx

Juventus idam jadi juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS sudah mengesahkan tempat ke saingan 16 pasukan terbaik, namun mereka kini mencari kedudukan yang lebih selesa sebagai juara kumpulan. – AFP

TURIN – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengge­sa barisan pemainnya untuk menampilkan aksi terbaik bagi menewaskan Chelsea dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi esok.

Meskipun mereka sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati, namun skuad The Old Lady itu tekad untuk melakar kemenangan bagi mencerahkan peluang muncul sebagai juara kumpulan.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Allianz pada September lalu, pasukan Serie A itu berjaya menewaskan Chelsea 1-0 menerusi gol kemenangan yang dijaringkan Federico Chiesa.

“Aksi menentang Chelsea merupakan satu perlawanan yang sangat penting dan kami akan bermain di salah satu stadium menakjubkan. Kami perlu berada pada prestasi terbaik pada perlawanan itu nanti.

“Kami akan turun dengan sasaran untuk muncul juara saingan peringkat kumpulan kerana ia lebih sukar berban­ding layak ke pusingan kalah mati. Semua pemain perlu bermain habis-habisan,” kata Alle­gri.

Bagaimanapun, Chelsea yang turun sebagai tuan rumah pastinya tidak akan memberi laluan mudah buat Juventus memandangkan mereka juga masih berpeluang untuk menjadi juara kumpulan.

Justeru, Juventus perlu ber­­ada pada prestasi terbaik memandangkan The Blues memiliki lebih motivasi ketika ini selepas penyerang, Romelu Lukaku dilaporkan sudah cergas sepenuhnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI