fbpx

GKP 4.0 Fasa 2 mula diagihkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul melihat produk yang dijual di KL Sentral, Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA – Bayaran Geran Khas Prihatin atau GKP 4.0 Fasa 2 mula diagihkan kepada lebih sejuta peniaga perusahan kecil dan sederhana (PKS) bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran Fasa 2 itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta juta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Melalui Bajet 2022, kerajaan terus kekal memberikan sokongan kepada PKS Mikro di seluruh negara.

“PKS Mikro boleh melihat manfaat yang sesuai untuk perniagaan mereka di portal Bajet 2022: https://budget.mof.gov.my/manfaat/,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI