fbpx

Bekas penagih dadah penerima Ijazah Kehormat dari USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Abd. Samad Yahaya menerima Anugerah Kehormat yang disampaikan oleh Tuanku Aishah Rohanipada Majlis Konvokesyen Ke-19 USIM yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, USIM, di Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Selepas terkandas kira-kira 30 tahun dalam pelajaran dan hanya mampu menamatkan pengajian di peringkat diploma di sebuah universiti tempatan, seorang bekas penagih dadah berjaya melanjutkan pelajaran malah sehingga dianugerahkan Ijazah Kehormat sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Beliau yang juga aktivis sosial, Ramli Abd. Samad, 67, menerima Anugerah Kehormat Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) yang disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud pada majlis yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai di sini.

“Ini membuktikan bahawa bekas penagih juga boleh berubah dan mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ini bukanlah satu anugerah mudah namun ia sebagai pengiktirafan saya telah memberi perkhidmatan lebih 30 tahun dan mula bergerak aktif dan pencegahan, pemulihan serta pencegahan lanjutan.

“Penglibatan saya di universiti sekadar Diploma Perancangan Bandar dan Desa di sebuah universiti tempatan namun disebabkan dadah, pembelajaran saya terkandas selama 30 tahun. Setelah insaf, atas usaha gigih saya bangkit semula menyambung pengajian sehingga ke peringkat Sarjana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ramli yang juga merupakan Presiden Presiden Persatuan Pengasih Malaysia dalam pada itu memaklumkan akan meneruskan usaha dan tugasnya membantu penagih-penagih dadah untuk keluar daripada gejala tersebut.

“Saya mahu teruskan perkhidmatan saya, penagih dan pengguna dadah tidak seharusnya dilayan sebagai penjenayah kerana mereka merupakan pesakit yang perlu dibantu dan bukannya dihukum.

“Kehadiran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19 lalu memberi kesan negatif termasuk kepada penagih baharu yang bilangannya saban hari semakin bertambah. Timbul kerisauan kini penagih dan pengguna baharu dadah yang semakin ramai terjejas akibat sakit mental dan sebagainya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI