fbpx
AAMIR KHAN

Aamir Khan bakal tamatkan zaman duda?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS empat bulan bercerai, timbul khabar angin mengatakan bahawa aktor terkenal Aamir Khan bakal berkahwin untuk kali ketiga tidak lama lagi.

Menurut laporan Bollywoodlife, duda tiga anak itu dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang juga bergelar pelakon.

Memetik laporan sama, Aamir akan mengumumkan berita gembira tersebut selepas filem lakonannya, Laal Singh Chaddha yang menampilkan gandingannya bersama aktres Kareena Kapoor ditayangkan.

Kata sumber terdekat kepada pelakon itu, Aamir tidak mahu berita tentang perkahwinannya akan mengalih perhatian penonton terhadap filem tersebut.

Namun, sehingga kini pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Holi itu masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan tentang khabar angin tersebut.

Sebelum ini, aktres Fatima Sana Shaikh pernah mencetuskan tanda tanya selepas dia dituduh menjadi punca perceraian antara Aamir dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu menafikan gosip tersebut apabila Fatima menganggap Aamir cuma mentornya dalam dunia lakonan.

Terdahulu, aktor itu dan isterinya Kiran Rao bercerai sekitar Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan tersebut berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011.

Aamir sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Duta dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ira Khan dan Junaid Khan.

POPULAR