fbpx

Pete Davidson buang tatu demi Kim Kardashian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETE dan Kim kini dikatakan sedang hangat bercinta.

PELAWAK Pete Davidson akan menghapuskan tatu berupa potret wajah bekas kekasihnya yang juga penyanyi terkenal, Ariana Grande selepas mengakui kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan selebriti Kim Kardashian.

Bukan itu sahaja, Davidson yang kini berusia 28 tahun juga berhasrat untuk membuang lebih daripada 100 tatu yang ada pada tubuhnya apabila menginjak usia 30 tahun nanti.

“Saya perlu menjaga hati kekasih baharu saya (Kim Kardashian) dan akan menghapuskan tatu wajah Ariana Grande,” katanya.

Hubungan antara Davidson dan Kardashian mula mendapat perhatian ramai selepas kedua-duanya muncul dalam program berjudul Saturday Night Live.

Dalam program tersebut, mereka saling bercumbuan, sekali gus mengejutkan ramai pihak.

Selepas menjalani penggambaran program berkenaan, perlakuan Davidson dan Kim yang sering berpegangan tangan menguatkan lagi spekulasi tentang hubungan istimewa yang terjalin antara mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI