fbpx

JPJ anjur kempen derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ anjur kempen derma darah sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya.

PETALING JAYA – Seramai 100 orang awam hadir bagi menderma darah pada Kempen Derma Darah di Pusat Darah Negara Kuala Lumpur anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Bahagian Keselamatan Jalan Raya semalam.

Bahagian Keselamatan Jalan Raya JPJ dalam satu kenyataan berkata, kempen yang mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) itu bagi menzahirkan sokongan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia bulan ini.

“Dalam menyokong inisiatif tersebut, JPJ dan MKJR telah menganjurkan Kempen Derma Darah di Pusat Darah Negara Kuala Lumpur sebagai simbolik membantu mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan menambah stok bekalan darah negara.

“Sepanjang kempen berlangsung, seramai 100 orang awam tampil menderma darah. Jumlah darah yang terkumpul melalui kempen ini adalah sebanyak 153 beg darah,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, darah yang terkumpul itu diserahkan kepada tabung Pusat Darah Negara dan akan diuruskan mengikut kehendak dan keperluan semasa.

“Selain itu, Pameran Keselamatan Jalan Raya dan Perkhidmatan Kaunter Urusniaga Bergerak JPJ turut dilaksanakan bertepatan dengan tema yang ditetapkan PBB pada tahun ini “We do not want more victims to remember,
we want to live our live together” yang menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengurangan kadar kemalangan jalan raya menjelang 2030.

“JPJ pada masa sama menzahirkan ucapan terima kasih pada penganjur dan penderma serta berharap kempen seperti ini terus mendapat sambutan pada masa akan datang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI