fbpx
PEMINAT pokok keladi hiasan sanggup berhabis duit untuk membeli tumbuhan yang cantik untuk diletakkan di rumah dan pejabat.

Dapat permintaan tinggi, beli pokok di nurseri lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pokok hiasan yang dijual di nurseri lebih murah berbanding yang didagangkan di platform online dan permintaannya meningkat dua kali ganda ketika ini.

Seorang pengusaha nurseri yang dikenali sebagai Osman, 37, berkata, ramai orang membeli pokok keladi hiasan untuk di­letakkan di rumah dan pejabat sejak enam bulan lalu.

Katanya, jualan pokok keladi meningkat dan setiap hari ada sahaja orang yang membelinya hingga dia mampu menjual sehingga 300 batang pokok sebulan berbanding 100 sebelum ini.

“Fenomena ini bermula di Thailand sebelum merebak ke sini. Antara jenis yang orang suka beli ialah jenis caladium model strawberry dan alocasia black velvet.

“Saya jual pada harga mampu milik bermula dari RM25 sehingga RM70 bergantung kepada saiz dan baka keladi. Benihnya saya ambil dari Thailand dan Cameron Highlands,” katanya yang berasal dari Machang, Kelantan.

Tambahnya, dia turut menjual pokok hiasan di pasar tani dan pasar pagi di Kelantan selain mempromosikannya di laman sosial untuk mengembangkan lagi prospek pelanggan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN