fbpx

PRU-15 dalam masa terdekat – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hassan, ketika hadir Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) Ke-6 Sesi 2020 di Seremban, hari ini KOSMO/GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan melihat terdapat kewajaran untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat melihat kepada faktor sentimen rakyat yang kini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) selain kesesuaian masa.

Mohamad berkata, perkara itu turut disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan 21 kerusi daripada 28 kerusi keseluruhannya.

“Saya bercakap dengan Perdana Menteri semalam, kita patut mempertimbangkan untuk segerakan PRU-15. Suka atau tidak kita tunggu sehingga Julai nanti sebab perjanjian (Memorandum Persefahaman kerajaan dan pembangkang) sehingga Julai.

“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka menarik diri. Dalam politik apa juga boleh berlaku dinamiknya akan berubah setiap hari. Jadi terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Kali Ke-6 Sesi 2020 di sini.

Jelas Mohamad, PRU-15 dalam waktu terdekat penting supaya mandat baharu dapat diberikan semula kepada rakyat.

“Dapatkan mandat baharu, orang faham selepas pandemik ini memang susah untuk mentadbir negara, dapatkan mandat baharu semula, dapat majoriti yang baik, kemudian semua kena bersatu padu,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO memberitahu, jika diberikan pilihan beliau mahu PRU-15 diadakan esok. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI