fbpx

Tok Mat enggan ulas isu Langkah Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan busana tradisional Malaysia fasa kedua di bawah inisiatif diplomasi budaya di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan memberi sebarang ulasan berhubung usaha menumbangkan kerajaan menerusi Langkah Dubai.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Luar hanya tersenyum apabila diasak oleh wartawan mengenai komen terhadap komplot pihak tertentu menggulingkan Kerajaan Perpaduan.

“Tanya pasal isu pelancongan sahaja,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Program Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kewujudan Langkah Dubai yang dilaksanakan pada akhir bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI