fbpx

Impian dua beregu negara musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Aaron dan Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke pentas final selepas tunduk kepada gandingan dari Jepun semalam. - BADMINTON PHOTO

HASRAT beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk melangkah ke pentas final kejohanan badminton Masters Indonesia di Bali tidak kesam­paian.

Ia susulan kekalahan 18-21, 21-19, 17-21 kepada pasangan ranking ke-10 dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam tempoh satu jam tiga minit pada separuh akhir semalam.

Aaron mengakui, permainan mereka kurang baik jika diban­dingkan dengan prestasi yang mereka tampilkan ketika menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin di suku akhir kelmarin.

“Kami hilang fokus pada rubber set yang menyebabkan pihak lawan menjarakkan diri jauh de­ngan kami. Namun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi kami walaupun kalah.

“Sekarang kami tidak mahu meletakkan banyak tekanan kepada diri sendiri.

“Kami akan cuba meningkatkan tahap permainan untuk bermain lebih bagus pada Terbuka Indonesia selepas ini,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Sementara itu, Wooi Yik menegaskan, mereka akan mempelajari kesilapan daripada kejohanan tersebut untuk tampil lebih bertenaga pada Terbuka Indonesia yang juga dijadualkan berlangsung di Bali bermula Selasa ini.

“Kami dapat kalahkan juara Olimpik, tetapi kami tewas hari ini (semalam) kerana kesilapan. Kami akan perbaikinya dan lakukan yang terbaik selepas ini,” jelasnya.

Satu lagi wakil beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal ke final selepas tewas 21-18, 17-21, 11-21 kepada pasangan tuan rumah, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Suka­­muljo.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Yew Sin-Ee Yi kerana mampu memberikan tentangan sengit kepada beregu No. 1 dunia itu sehingga ­menyaksikan tali raket Kevin putus sebanyak tiga kali dalam aksi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI