fbpx

Sudah salah jalan buat ‘keras’ pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita berkeras enggan mengundurkan kereta walaupun sudah terang-terangan tersalah memasuki lorong sehala.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu yang berkeras tidak mahu mengalah dan berundur walaupun sudah terang-terangan tersalah memasuki laluan sehala mengundang kritikan pengguna media sosial.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik ke laman Tiktok, sebuah kereta (perakam) dilihat sedang memandu menghala ke arah simpang keluar kawasan parkir sebelum sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva cuba untuk memasuki simpang tersebut.

Perodua Viva yang dipandu oleh seorang wanita itu bagaimanapun cuba untuk meneruskan perjalanan menghala ke laluan perakam yang juga merupakan laluan sehala dan tidak mahu mengalah mengakibatkan kedua-dua kereta berhenti di persimpangan itu.

Selang beberapa saat, kelihatan si perakam keluar dari kereta dipandunya dan berjalan ke arah wanita berkenaan untuk memberitahunya agar mengalihkan kereta memandangkan laluan tersebut adalah laluan sehala.

Tidak lama kemudian wanita berkenaan mula mengundurkan kereta untuk membelok ke arah laluan yang sepatutnya dan menurunkan tingkap sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada si perakam.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan meletak kereta sebuah pusat beli belah di Ipoh, Perak pada 16 November lalu.

Rakaman tersebut telah mendapat lebih daripada 4,000 reaksi dan hampir 400 komen daripada pengguna media sosial yang menyifatkan wanita berkenaan sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak boleh ditegur.

“Apasal ya jika ‘makcik-makcik’ bawa kereta macam tu. Haritu pun kena juga mengejut dia masuk lorong kita, nasib baik tidak kemalangan,” kata user27644154

“Sombongnya kakak tu, betul-betul pentingkan diri sendiri. Dia sudah salah jalan nak buat ‘keras’ pula di situ harap orang lain yang berundur,” ujar imrandamdam.

“Wanita jika dah terkejut memang terkedu, jangan lah marah ya. Maafkan kami insan yang lemah,” pujuk Liliana Zakaria.

Bagaimanapun, kebanyakan komen yang ditinggalkan di perkongsian itu menyuarakan kebimbangan tentang tahap pemanduan masyarakat Malaysia yang tiada toleransi dan sangat mementingkan diri sendiri.

“Bahaya jika terus masuk simpang begitu, boleh jadi kemalangan. Nanti kalau sudah cedera, kereta rosak, mulalah mengaku jadi mangsa buli jalan raya. Belajar sekolah memandu balik lah kak,” kata Makrifat44. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI