fbpx
Mayat Mohd. Azizi dibawa ke Unit Forensik HSNZ selepas ditemui rentung dalam kenderaan Perodua Alza terbakar di Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu hari ini.

[KEMASKINI] Empat tangki gas dalam MPV meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza yang terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 7.05 malam itu, mangsa, Mohd. Azizi Jaafar, 37, meninggal dunia akibat melecur hampir 90 peratus anggota badan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai tercetus sewaktu mangsa sedang memandu MPV, Perodua Alza sebelum berhenti di tepi jalan sebelum kebakaran itu merebak di sebuah lagi kereta Perodua Viva yang hangus hampir 60 peratus.

“Siasatan awal menemui tiga buah tangki gas untuk kerja kimpalan serta satu tangki oksigen di tempat duduk belakang kenderaan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri keluar dari tingkap namun usaha berkenaan gagal dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.- K! ONLINE

POPULAR