PETALING JAYA – Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi topik hangat dalam gelanggang media sosial apabila segelintir netizen menyamakan penampilannya persis mogul kecantikan dunia, Gigi Hadid.
Semuanya bermula rentetan tindakan seorang penulis sebuah portal tempatan menyamakan wajah Rina Harun dengan Gigi Hadid menerusi satu muat naik artikel.
Disebabkan perihal itu, ramai dalam kalangan pengguna Twitter mula berangan-angan.
Biarpun ramai yang mempertikaikan kemiripan raut wajah atau penampilan antara Rina dan Gigi, ramai juga antara mereka yang tidak ketinggalan ingin ‘mencuba nasib’ mengumumkan kemiripan wajah mereka dengan golongan selebriti ternama.

“Kalau Rina Harun rupa macam Gigi Hadid, aku confirm macam Tom Holland,” ciap seorang netizen @brgsjks dalam Twitter.
“If Rina Harun looks like Gigi hadid, then I must look like Megan Fox. (Kalau Rina Harun persis Gigi Hadid, saya mesti macam Megan Fox),” ciap seorang netizen lain.
Terdahulu, kenyataan ‘Rina Harun persis Gigi Hadid’ mula disuarakan oleh salah seorang pengikutnya dalam laman Instagram selepas gambar bersama selebriti dan pengasas produk Mutyara, Tya Arifin tular di media sosial.
“Sekali pandang dah macam Gigi Hadid badan YB sekarang. Keliru pula mana yang artis,” tulis seorang netizen. – K! ONLINE








