fbpx

Benih padi IS21 bukti kegunaan teknologi nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (lima tengah) dan Adham (empat kiri) selepas pelancaran benih padi IS21, hari ini.

SABAK BERNAM – Benih Padi IS21 yang telah dibangunkan Agensi Nuklear Malaysia membuktikan teknologi nuklear memainkan peranan besar dalam penambahbaikan hasil tanaman di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, IS21 merupakan antara pencapaian terbaik kajian biak baka mutasi di Malaysia serta mempunyai ciri-ciri agronomi yang sangat diperlukan dalam industri padi negara bagi mencapai matlamat sekuriti makanan negara yang dihadapi kini.

“Secara umumnya, masih ramai kurang menyedari peranan besar teknologi nuklear dengan kepelbagaian tanaman baharu dapat dihasilkan bukan sahaja tahan penyakit malah cepat matang dan memberikan hasil pulangan yang lebih tinggi kepada para pesawah dan petani.

“Justeru, kita berharap dapat merungkai persoalan berhubung penggunaan teknologi nuklear serta memberi kelegaan kepada masyarakat terhadap keselamatan bahan dan produk agro makanan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan teknologi berkenaan,” katanya ketika berucap pada pelancaran benih padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan
Tapak Penyelidikan Padi, Sekinchan hari ini.

Pelancaran telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Adham berkata, projek penyelidikan dan pembangunan varieti padi IS21 ini telah bermula sejak tahun 2005 dengan kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Jabatan Pertanian.

Jelas beliau, pelbagai ujian telah dijalankan bagi varieti itu oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2015 yang pensijilan Plant Variety Protection.

“Kemudiannya Agensi Nuklear Malaysia telah memperoleh dana di bawah program Malaysia Social Innovation pada tahun 2016 dengan ujian multilokasi dan ujian penentusahan tempatan telah dijalankan bersama komuniti pesawah padi di Pendang, Kedah dan di beberapa lagi lokasi jelapang padi utama di Malaysia.

“Pada tahun ini juga, varieti padi ini telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Dasar Bantuan Kerajaan kepada Industri Padi dan Beras. Ini seterusnya mengiktiraf varieti padi ini sebagai benih padi sah negara dan dimasukkan dalam skim subsidi padi dengan pesawah boleh mendapatkan benih padinya pada harga RM35 untuk 20kilogram menerusi skim tersebut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI