fbpx

Acara tertunda, Yusry terima kurniaan ‘Datuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRY ditemani isterinya, Lisa Surihani sewaktu penyampaian rasmi Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan di Istana Negara, semalam.

PETALING JAYA – Pelakon, penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan penganugerahan yang diterimanya semalam merupakan acara tertunda bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari.

Beliau berbesar hati dapat menghadiri penyampaian rasmi Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan di Istana Negara sekitar pukul 10 pagi, semalam.

“Penganugerahan ini bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari yang tertunda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika itu.

“Ini anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk itu. Cumanya majlis baharu dapat diadakan,” katanya.

Yusry menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

Terdahulu, Yusry berkongsi hantaran menyatakan kesyukuran terhadap penganugerahan yang diterima. Turut hadir menemani beliau pada majlis tersebut, isterinya, Datin Lisa Surihani.

“Bismillah. Memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi atas keizinan dan kurniaan-Nya. Allhamdulillah,” coret pengarah Hikayat Merong Mahawangsa itu menerusi Instagram.

Pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, Yusry, 48, merupakan antara 335 penerima dipilih penganugerahan itu termasuk anak seni lain seperti Datuk Nora Ariffin serta Datuk Habsah Hassan.

Ketika itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan terbabit adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap cabang seni masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI