fbpx

Perbincangan perintah gaji minimum disambung 9 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan.

PUTRAJAYA – Perbincangan serta perincian lanjut berhubung hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 akan bersambung dalam mesyuarat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan datang yang dijangka diadakan pada 9 Disember.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara tersebut adalah sebelum ia dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri kelak.

“Mesyuarat MPGN telah berlangsung semalam di mana Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) membentangkan hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula PGM 2020 untuk pertimbangan majlis.

“Bagaimanapun, majlis belum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah cadangan daripada majikan yang mencadangkan agar kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan.

“Manakala pihak pekerja pula mengesyorkan supaya kadar gaji minimum yang dilaksanakan ketika ini dapat dinaikkan,” ujarnya.

Pada 16 November lalu, Saravanan dilaporkan berkata, JTPGN akan membentangkan hasil dapatan Kajian Impak dan Kajian Semula PGM 2020 kepada MPGN Khamis ini.

Dalam kajian tersebut, JTPGN mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus membabitkan wakil majikan dan pekerja, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input mengenai impak pelaksanaan gaji minimum terhadap sosioekonomi negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI