fbpx

Pengunjung, pengusaha pusat hiburan degil dikompaun RM435,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan degil pengunjung dan pengusaha sebuah premis pusat hiburan yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akhirnya membawa padah apabila kesemua mereka dikenakan kompaun bernilai RM435,000, semalam.

Kompaun berkenaan dikeluarkan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis pusat hiburan di Kuchai Enterprenuers Park di sini oleh sepasukan 23 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Petaling.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil serbuan yang dijalankan mendapati premis tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 2021.

“Kesemua mereka ini didapati melakukan aktiviti terlarang dalam pub atau kelab semasa tempoh PPN Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Kompaun bernilai RM25,000 telah dikeluarkan kepada pemilik premis manakala kompaun RM5,000 setiap seorang pula dikenakan kepada 82 pengunjung yang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun bernilai RM435,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut melakukan saringan air kencing ke atas 91 pengunjung dan hasilnya mendapati seorang daripada mereka positif di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi seperti ini akan dijalankan lagi dari semasa ke semasa bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga Kuala Lumpur khususnya dan membantu usaha kerajaan menghentikan penularannya di negara kita,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI