fbpx

Penerbangan Ipoh-Terengganu berpotensi diperkenalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi Baharin ketika meraikan delegasi media Terengganu di taman tema Lost World Of Tambun di sini semalam.

IPOH – Terengganu berpotensi menjadi destinasi hubungan dengan Perak apabila penerbangan Ipoh-Kuala Terengganu dirancang sekali gus memendekkan perjalanan ke pantai Timur.

Bagaimana pun, ia bergantung kepada permintaan bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan khususnya di Perak.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, faktor tersebut penting kerana ia menjadi penentu kerancakan ekonomi selain penyediaan kemudahan yang diperlukan.

“Sebab itu kita mahu banyakkan aktiviti pelancongan dan ekonomi negeri khususnya di Ipoh. Ia bukan kerana jarak semata-mata tetapi lebih kepada permintaan.

“Sekiranya terdapat permintaan, secara automatik boleh diwujudkan penerbangan kerana landasan yang ada mampu menampung penggunaan pesawat besar seperti Airbus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar meraikan delegasi media Terengganu di taman tema Lost World Of Tambun di sini semalam.

Lawatan itu bertujuan mempromosikan pelancongan bagi kedua-dua negeri selain mengeratkan hubungan antara media Perak dan media Terengganu.

Menurut Rumaizi, teknologi penerbangan kini semakin berkembang maju dan tidak mustahil ianya boleh dilakukan bagi menarik tumpuan pelancong.

Katanya lagi, contohnya Thailand dan Sumatera Utara juga terdapat penerbangan terus disebabkan permintaan yang tinggi daripada para pelancong.

Pada masa ini Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh hanya menerima penerbangan
Ipoh-Langkawi sejak dibenarkan semula pada September lalu di bawah inisiatif gelembung pelancongan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI