fbpx
Mohd. Zaki. /FOTO IHSAN DR IZANI HUSIN

Jemaah solat Jumaat rebah sebelum meninggal dunia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) tengah hari tadi gempar apabila seorang jemaah rebah ketika rakaat pertama.

Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Mohd. Zaki Omar, berusia lingkungan 50 an sempat dikejarkan ke Hospital Putrajaya, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Sebelum itu, arwah yang juga Penghulu Mukim Binjal, Pengkalan Chepa, Kelantan sempat melakukan kunjungan ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary di pejabatnya, di sini.

Berita kematian arwah turut dikongsi Marzuk menerusi hantaran di laman Facebook, petang tadi.

Marzuk berkata, arwah sempat makan tengah hari bersamanya ketika lawatan pagi tadi dan tidak menunjukkan sebarang tanda sebaliknya kelihatan ceria.

“Berita sedih yang merentap kegembiraan kami bersama. Arwah masih ceria ketika makan tengah hari bersama tadi dan turut sama solat Jumaat walaupun dalam pemusafiran.

“Jenazah kini sedang diurus di Hospital Putrajaya dan menunggu rekod perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Saya difahamkan arwah pernah menjalani rawatan sakit jantung sebelum ini,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya difahamkan, van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bersedia untuk membawa pulang jenazah ke Pengkalan Chepa sementara menunggu keputusan saringan.

Berita kematian arwah turut dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi hantaran di laman Facebook, petang tadi.

Izani berkata, arwah seorang yang ringan tulang, tidak banyak cakap dan berdedikasi menjalankan tugas.

“Semoga Allah menempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya. -K! ONLINE

POPULAR