fbpx

Agong kurnia 163 Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Santhara (kiri) antara sembilan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 kepada 163 individu di Istana Negara hari ini.

Turut berangkat pada istiadat sesi kedua itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara sembilan penerima Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar.

Penerima SMW yang lain adalah Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Dr. Yusof Ismail; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Dr. Noordin Ab Razak dan Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique.

Selain itu, turut dikurniakan Darjah tersebut ialah Pakar perubatan Institut Jantung Negara, Datuk Seri Dr. Balachandran Kandasamy; Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia, Datuk Seri Prof Dr. Paras Doshi, Pengarah Eksekutif Mah Sing Group Berhad, Datuk Seri Leong Yuet Mei dan Pengarah Urusan Jankah Corporation, Datuk Seri Gong Zen Chiang.

Dalam istiadat itu juga, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim antara 38 penerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima darjah sama termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah, dua bekas jaguh badminton negara, Datuk Abdul Rashid Mohd. Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit serta Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Turut dikurniakan Darjah tersebut, penggiat seni dan budaya, Datuk Yusry Abdul Halim; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, Datuk Lokman Omar serta Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Yasir Yahya.

Dalam pada itu, seramai 22 lagi individu pula telah dikurniakan Johan Mahkota Wilayah, 41 Kesatria Mahkota Wilayah, 18 Ahli Mahkota Wilayah dan 35 penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI