fbpx

Lelaki 74 tahun ditahan, pandu Myvi lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan kereta Perodua Myvi berwarna merah yang dipandu secara melawan arus di KM 140, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang, Kemaman pada kelmarin.

KEMAMAN – Seorang bekas pemandu lori ditahan polis semalam selepas dikenal pasti sebagai individu yang memandu sebuah Perodua Myvi secara melawan arus di Kilometer 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, lelaki berusia 74 tahun yang beralamat di Pahang tersebut ditahan susulan rakaman video berdurasi 6 saat Perodua Myvi bewarna merah yang dipandu secara melawan arus pada kelmarin tular di laman sosial Facebook.

“Suspek yang memandu kenderaan milik anaknya mendakwa hanya menyedari dia memandu melawan arus setelah diberi isyarat lampu tinggi beberapa kali oleh kenderaan lain dari arah hadapan.

“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan dipandunya secara perlahan di tepi pembahagi jalan dan kemudiannya dibantu pengguna jalan yang lain untuk memandu mengikut laluan yang betul,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan suspek menghidap masalah penglihatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika disabitkan kesalahan.

“Selain itu, kes juga disiasat dibawah Seksyen 30 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI