fbpx

Pos Malaysia catat rugi RM40.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan pemulihan yang dilaksanakan telah membantu mengurangkan kerugian yang dicatat Pos Malaysia.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM40.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2021 berbanding kerugian yang lebih tinggi dalam suku sebelumnya iaitu RM119.4 juta.

Penurunan kerugian tersebut ekoran pelaksanaan pelan pemulihan yang dilaksanakan kumpulan termasuk pengurusan kos yang ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pendapatan bagi suku ketiga menurun sebanyak 13.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya kepada RM536.3 juta dipacu oleh aktiviti mel domestik dan antarabangsa yang agak perlahan.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM206 juta dengan hasil yang diperoleh sebanyak RM1.66 bilion.

“Di sebalik cabaran pandemik Covid-19, kita sudah dapat melihat tanda kepada pelan pemulihan yang dilaksanakan telah menunjukkan hasilnya.

“Kami akan menggandakan usaha untuk memulihkan perniagaan, menangani jurang per­khidmatan asas dan mentransformasikan perniagaan untuk meletakkan Pos Malaysia sebagai penyedia pilihan bungkusan e-dagang selain menguruskan perbelanjaan, aliran tunai dan kecairan secara berhati-hati,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan Pos Malaysia telah berusaha keras memastikan rakyat Malaysia terus terhubung sepanjang pandemik dan beliau melahirkan penghargaan kepada lebih daripada 20,000 kakitangan atas u­saha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah.

“Menuju ke hadapan, ketika ekonomi negara kembali dibuka semula dan dalam masa yang sama persekitaran dalam talian kembali berkembang, kami akan melakukan sedaya upaya untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kembali pulih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI