fbpx
Gambar hiasan

‘Ketagih Surya sebab rasa cengkih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Siapa mahu beli rokok mahal sedangkan yang seludup lebih murah dan rasanya pun lebih kurang.”

Ini antara alasan yang diberikan oleh sesetengah penggemar rokok seludup ketika ditanya mengapa masih menghisap bahan itu sedangkan mereka tahu kandungannya dua kali lebih berbahaya.

Penghantar barang yang dikenali sebagai Nazrul, 38, berkata, dia lebih rela menghisap rokok seludup daripada membazirkan duit untuk membeli sekotak rokok tempatan. Lagipun isinya sama iaitu mengandungi 20 batang rokok.

“Saya hisap John D-Blend ke­rana rasanya sama dengan rokok tempatan yang pernah saya beli sebelum ini. Harga pun murah sekitar RM8 hingga RM8.50,” katanya.

Jelasnya, dia sedar akan risiko menghisap rokok seludup dua kali ganda bahaya berbanding rokok tempatan.

“Memang saya sedar risiko­nya, tetapi saya tak kisah asalkan dapat berasap. Apa yang penting saya rasa puas dapat hisap rokok. Hisap rokok tempatan juga ada risiko, sama sahaja,” ujarnya yang merokok sejak usia 17 tahun.

Alasan yang sama turut diberikan oleh seorang pekerja swasta dikenali sebagai Azman, 52.

“Saya hisap rokok Surya sejak 30 tahun lalu kerana rasanya yang lebih sedap dan seakan-akan mint. Saya pernah cuba tukar, namun saya pula yang batuk dan sakit tekak berhari-hari.

“Surya ketagih sebab ada rasa cengkih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN