fbpx

[KEMASKINI] Elak langgar kenderaan masuk simpang punca lori terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mangsa yang dihempap sebuah lori muatan pasir di Kapar

KLANG – Sebuah lori yang terbalik sehingga menghempap seorang pekerja pembinaan dikatakan cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan yang ingin memasuki simpang kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 29 tahun itu dalam perjalanan ke Klang dari Kuala Selangor.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan terbabas dipercayai bagi mengelakkan sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti memasuki simpang kanan.

“Lori itu kemudiannya menimpa dua lelaki yang merupakan pekerja kontrak dipercayai sedang memasang banner yang berada di bahu jalan sebelah kiri.

“Salah seorang daripadanya warga India berusia 36 tahun maut dilokasi kejadian manakala seorang lagi berusia 50 tahun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu lori yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah hadir ke balai trafik Klang Utara untuk membuat laporan berkaitan kemalangan itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang pekerja pembinaan jalan raya maut apabila dihempap sebuah lori muatan pasir yang terbalik di Jalan Kiyai Sujak, Taman Sri Wangi, Kapar di sini petang tadi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI