fbpx

Jangan sebar spekulasi nahas pesawat Hawk 108

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang terkorban susulan nahas terbabit.

SEBERANG PERAI – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharap tiada sebarang spekulasi dan penyebaran berita tidak benar berhubung insiden nahas pejuang Hawk 108 terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth, di sini malam tadi.

Dalam satu kenyataan, pihak TUDM memaklumkan tindakan segera sedang dilaksanakan susulan nahas terbabit.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 malam tadi, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM terlibat satu kemalangan di landasan Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam kejadian terbabit, Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia manakala Mejar Mohd. Fareez Omar yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI