fbpx

TFC gagal dapatkan bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC berjaya memanfaatkan aksi di tempat sendiri dengan meraih kemenangan 2-1 menentang Sarawak United pada aksi pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

NASIB tidak menyebelahi Terengganu FC (TFC) untuk membawa bekalan lebih selesa apabila sekadar menang 2-1 ke atas Sarawak United pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di gelanggang sendiri kelmarin.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, secara keseluruhan beliau masih berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya walaupun pasukan lawan memiliki kelebihan gol di tempat lawan.

Beliau berkata, para pemainnya telah melakukan tiga percubaan tepat ke arah gawang Sarawak United yang sudah menewaskan penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee, namun di­nafikan oleh tiang dan palang.

“Apa yang saya jangka memang tepat, Sarawak United memberikan cabaran kepada kami.

“Pemain saya memberikan yang terbaik sejak wisel pertama, namun nasib tidak memihak walaupun penjaga gol lawan sudah tertewas,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Mengulas lanjut, Nafuzi mengakui bekalan satu gol berharga dimiliki Sarawak United adalah berpunca kesilapan di bahagian pertahanan sendiri.

Jelasnya, jaringan sendiri Shahrul Nizam Roshasni pada minit ke-22 boleh dielakkan jika TFC lebih berdisiplin ketika mengawal pemain lawan.

“Ia adalah kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Kami memberi ruang kepada pemain Sarawak United membuat hantaran dari sebelah kiri.

“Pemain saya juga membiarkan pemain lawan bergerak bebas, namun saya gembira kami memperoleh kemenangan dan percaya corak permainan ini boleh ditingkatkan,” tambah­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI