fbpx

Rafidah Ibrahim reda keguguran kandungan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIDAH reda keguguran anak pertama dan sabar menghadapi ujian menimpanya.

PETALING JAYA – Pelakon Rafidah Ibrahim berkongsi khabar duka apabila memaklumkan dirinya mengalami keguguran anak sulung baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rafidah, 35, memaklumkan bahawa dia mengakui berasa amat sedih, namun reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

“Assalamualaikum. ‘Kehilangan’ bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mahupun yang telah lama menantikan cahaya mata adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.

“Begitu juga buat saya dan suami. Tapi sebagai hamba-Nya, apalah daya kita untuk menolak takdir,” ujarnya.

Jelas Rafidah, baru-baru ini dia telah pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami pendarahan.

Ketika itu, dia diberikan temu janji seterusnya iaitu dua minggu akan datang untuk pemeriksaan sekali lagi.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian iaitu pada hari Rabu (10 November), pelakon yang pernah membintangi filem Adik Manja Returns itu terpaksa pergi semua ke hospital selepas memberitahu ‘sesuatu’ berbentuk pepejal telah ‘keluar’ ketika dia menggunakan tandas.

“Saya kembali semula ke hospital untuk memberitahu bahawa pada malam sebelum itu, sesuatu (berbentuk pepejal) telah keluar ketika saya berhadas kecil.

“Hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran. Saya yakin setiap ujian dan ketentuan yang datang daripada Allah SWT adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan hidup,” katanya.

Walaupun sedih dengan ‘kehilangan’ tersebut, Rafidah tetap bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu dan yakin mampu melalui ujian tersebut dengan sabar.

Dalam pada itu, bekas juara program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 itu diberitahu jururawat yang melakukan proses cuci kali kedua bahawa keadaan ovarinya sangat baik dan masih berpeluang untuk kembali hamil.

“Alhamdulillah dalam masa diuji, Allah SWT berikan berita gembira ini,” katanya.

Sekadar info, Rafidah selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei lalu.

Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI