fbpx

Park Gyu-young mahu pasangan serasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK GYU-YOUNG

AKTRES yang semakin menempa nama, Park Gyu-young berbicara tentang gaya hidup dan percintaan idamannya dalam dunia realiti.

Dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini, dia ditanya tentang perihal tersebut memandangkan drama lakonannya yang baru sahaja tamat bersiaran pada 11 November lalu, Dali and Cocky Prince memaparkan sisi berbeza dirinya.

Menerusi naskhah gandingannya dengan aktor Kim Min-jae, Gyu-young memegang watak sebagai Kim Dal-li, seorang anak orang kaya yang tidak pandai menjaga diri.

“Watak Dal-li sangat berbeza dengan Jin Mu-hak (Min-jae). Tapi mesej yang cuba disampaikan dalam drama itu, manusia boleh menjadi sama rata dan membuka hati antara satu sama lain meskipun berbeza latar belakang atau umur,” katanya.

Dia ditanya tentang deskripsi hubungan percintaan yang diinginkannya dalam dunia realiti.

“Tapi dalam dunia realiti, saya lebih realistik jika bercinta. Saya rasa lebih mudah kalau kita berpasangan dengan orang yang serasi bersama.

“Maksudnya, berkongsi nilai dan personaliti yang sama . Berbanding ada sikap yang sebaliknya. Tapi dalam drama Dali and Cocky Prince, perbezaan merekalah yang menjadikan jalan cerita lebih menarik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI