fbpx

Mufti Pulau Pinang tegur Menteri Besar Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. WAN SALIM

GEORGE TOWN – Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mengaitkan judi ekor dengan Pulau Pinang adalah mendukcitakan dan tidak wajar kerana ia boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di negeri ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ini kerana institusi-institusi agama Islam di negeri ini sentiasa komited kepada usaha-usaha memartabatkan kedudukan Islam.

“Selaku seorang ‘abang’ suka saya menasihati Menteri Besar Kedah supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Beliau perlu menjaga imej jawatan yang disandangnya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri yang dihormati, bukan sebagai pemimpin di peringkat kampung atau kawasan yang pengaruhnya agak terhad,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka dan bagi rakyat Kedah yang ingin membeli judi ekor itu, mereka boleh mendapatkannya di Pulau Pinang.

Menurut Wan Salim, adalah lebih baik jika Menteri Besar itu tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan pemimpin-pemimpin negeri yang lain, terutama negeri jiran, sebaliknya berusaha menjalin hubungan yang mesra dengan semua pihak.

Dalam pada itu, katanya, semua pihak sedia maklum bahawa Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada raja atau sultan di Malaysia.

“Walaupun pada masa kini parti yang memerintah Pulau Pinang adalah Pakatan Harapan yang merupakan gabungan antara parti-parti DAP, PKR dan Amanah, namun kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan tetap terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri.

“Sebagai contoh, bajet yang diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi melaksanakan pelbagai program dan keislaman di negeri ini mencecah hampir RM70 juta sejak tahun 2008,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI