fbpx

Arkib FBI dedah penemuan UFO, bangkai makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada 1947, beratus-ratus UFO dilaporkan dikesan di sekitar AS, tahun yang sama di mana kejadian Roswell berlaku. – Daily Star

WASHINGTON – Beberapa dokumen diarkib daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan mengenai beratus-ratus kelibat objek terbang tidak dikenali (UFO) serta pesawat aneh yang bergerak pada kelajuan sehingga  43,452 kilometer (km) sejam dan kejadian misteri lain yang berlaku pada tahun 1940-an, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dokumen tersebut menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pesawat-pesawat misteri dan kelibat UFO sekitar tahun tersebut.

Menurut dokumen arkib tersebut, beratus-ratus UFO dilaporkan dikesan di sekitar Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1947 iaitu  tahun sama insiden Roswell berlaku.

Roswell merupakan kejadian aneh yang berlaku di bandar New Mexico, di mana UFO dilaporkan dilihat pada 8 Julai 1947.

Meskipun tentera AS menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa pesawat dikesan itu  merupakan UFO, satu memo yang ditulis tiga tahun kemudian oleh seorang ejen khas, Guy Hottel menjelaskan bahawa ‘tiga buah piring terbang’ telah ditemui.

“Setiap satu pesawat UFO tersebut mengandungi tiga bangkai menyerupai  manusia, namun hanya berketinggian 91 sentimeter.

“Bangkai-bangkai tersebut ‘berpakaian diperbuat daripada logam yang paling tulen’,” demikian menurut laporan tersebut.

Selain itu, laporan berkenaan turut menyebut mengenai dakwaan yang menyatakan bahawa beberapa UFO bergerak pada kelajuan hipersonik. Satu lagi laporan mendakwa bahawa satu nahas telah menghancurkan sebuah pesawat pengangkutan.

Turut dilaporkan adalah kejadian seorang juruterbang syarikat penerbangan yang melihat sebuah roket tanpa sayap bergerak pada kelajuan 4,345 km sejam. 

Dokumen lain pula mendakwa bahawa roket UFO itu bergerak selaju  43,452 km sejam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI