fbpx

Lelaki pukul warga emas guna topi keledar diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki bertindak kasar menghayunkan topi keledar ke arah seorang lelaki warga emas yang mengakibatkan mangsa rebah di sebuah stesen minyak.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menghayunkan topi keledar sekaligus mencederakan seorang lelaki warga emas di sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini akhirnya terbalas apabila dia ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pemandu peribadi.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dadah berbahaya pada tahun 2010 dan masih dikehendaki polis bersabit kes tersebut namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah.

“Susulan penahanan suspek, pihak polis turut bertindak merampas pakaian yang dipakai ketika kejadian, sebuah motosikal jenis Modenas Kriss MR3 dan sebuah topi keledar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Amihizam, suspek mendakwa, kereta dipandu mangsa telah masuk ke petak pam minyak di mana dia hendak mengisi minyak motosikalnya mengakibatkan suspek tidak berpuas hati lalu bertindak memukul kepala lelaki berusia 64 tahun itu menggunakan topi keledar.

“Mangsa telah menerima rawatan di hospital serta dibenarkan keluar wad hari ini dan keterangan lanjut mangsa akan dirakam apabila dia telah benar-benar pulih dan bersedia memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Suspek kini direman sehingga 16 November ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” tegas beliau.

Tambah Amihizam, saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut turut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.

Terdahulu, satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tular di laman sosial Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki bertindak kasar menghayunkan topi keledar ke arah kepala seorang lelaki mengakibatkan mangsa rebah di sebuah stesen minyak.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI