fbpx

Kerja tanpa henti, Zizi Kirana masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBELUM dimasukkan ke wad, Zizi ada mengadu sakit perut.

PETALING JAYA – Penyanyi Zizi Kirana terpaksa menarik diri daripada mengadakan persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) malam ini kerana dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu.

Menurut pengurusnya, Farahrizan Razak, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sakit perut kerana bekerja tanpa henti sejak penggiat seni dibenarkan kembali aktif dua bulan lalu.

Malah sejak mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu, penyanyi lagu Eh! itu tidak mengambil cuti dan terus menyambung kerja tanpa henti.

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif aktif semula sejak 9 September lalu. Sehari selepas mendirikan rumah tangga pun, dia terus sambung kerja.

“Selasa lalu, dia ada maklumkan tak sihat dan sakit perut. Saya dapat tahu dia kemudian ke hospital pada hari itu untuk buat pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke wad,” katanya.

Menurut Farah, dia juga tidak mengetahui punca sebenar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu dimasukkan ke hospital.

“Berdasarkan apa yang kami sembang, dia memang penat sebab kerja tanpa henti. Tapi kalau ada penyakit lain didiagnosis doktor, saya tak tahu.

“Kelmarin, dia sempat hantar mesej dalam WhatsApp, beritahu yang dia risau dan rasa ralat tak boleh buat persembahan sekali gus menyusahkan penganjur ABPBH,” katanya lagi.

Pada malam kemuncak ABPBH34 yang akan bersiaran secara langsung pukul 9 malam ini, Zizi sepatutnya mengadakan persembahan bersama idolanya, penyanyi Fauziah Latiff.

Bagaimanapun, penarikan dirinya pada saat akhir digantikan oleh penyanyi Wani Kayrie. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI