fbpx

Dr. Malar anggun kali pertama penyampai anugerah popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA anggun Dr. Malar pada malam ABPBH34.

PETALING JAYA – Penyampaian anugerah pertama bagi kategori Artis Baharu Wanita dan Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 menarik perhatian ramai apabila menampilkan doktor ‘viral’ iaitu Dr. Malar sebagai penyampai anugerah.

Anggun menggayakan busana gaun labuh berona hitam putih, Malar atau nama lengkapnya Malar Santhi Santherasegapan kelihatan sungguh yakin melangkah masuk ke pentas utama selepas dijemput pengacara, Sherry Alhadad.

Penampilan istimewa doktor yang bertugas di bahagian kecemasan di salah sebuah hospital swasta di ibu negara itu menarik perhatian netizen sehingga ada yang bercadang untuk mewujudkan petisyen menghantarnya mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Universe.

“Petisyen untuk menghantar Dr. Malar ke Miss Universe. Dia bijak, cantik dan berpengaruh besar,” kata seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, Malar menjadi tular dalam laman sosial kerana kepetahannya berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pandemik COVID-19, vaksin dan masalah kesihatan menerusi laman sosial dengan bahasa Melayu yang fasih.

Bagi Artis Baharu Wanita Popular yang diumumkan sebentar tadi menyaksikan kumpulan Dolla menenangi anugerah tersebut. Manakala bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pula dimenangi oleh penyanyi, Dinie Rashid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI