fbpx

41 kematian Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 41 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 29,576 kes.

Data di laman web CovidNow menunjukkan, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Sebanyak lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,983 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Sabah (10), Labuan (8), Selangor (9), Sarawak (6), Pulau Pinang (5), Kelantan (3), Perak (3), Negeri Sembilan (2), Johor (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Kedah, Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 64,277 kes aktif melibatkan 50,063 kes dikuarantin di rumah, 7,966 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,705 kes di hospital, 275 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 268 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 6,517 kes harian dilaporkan semalam, disumbangkan oleh Selangor (1,752 kes), Sabah (611 kes), Kelantan (521 kes), Johor (517 kes), Kuala Lumpur (441 kes), Pahang (431 kes), Sarawak (418 kes), Kedah (352 kes), Melaka (299 kes), Negeri Sembilan (299 kes), Pulau Pinang (254 kes), Perak (243 kes), Terengganu (243 kes), Putrajaya (74 kes), Perlis (54 kes) dan Labuan (lapan kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI