fbpx

Wi Ha-joon terpilih antara 25 lelaki paling seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wi Ha-joon

PETALING JAYA – Pelakon Wi Ha-joon yang meraih populariti mendadak selepas membintangi drama Squid Game telah tersenarai dalam carta ’25 Sexiest Men You Can Watch on TV Now’ (25 Lelaki Paling Seksi Yang Boleh Ditonton di Televisyen) oleh majalah People.

Majalah hiburan popular Amerika itu teleh mengeluarkan senarai tersebut pada 10 November lalu.

Antara aktor lain yang turut berada dalam carta berkenaan adalah Scott Speedman yang merupakan bintang drama Grey’s Anatomy, Lucas Bravo (Emily in Paris) dan Jay Hayden (Station 19).

Majalah People mengklasifikasikan Ha-joon sebagai ‘totally gorgeous and sweet as Dalgona candy’ (sangat kacak dan manis seperti gula Dalgona).

Ha-joon meraih perhatian khalayak menerusi watak Hwang Jun-Ho seorang pegawai polis yang menyiasat kehilangan abangnya dalam siri popular Squid Game.

Selain kerana siri siaran Netflix yang popular di seluruh dunia itu Ha-joon diminati kerana bakat lakonan dan ketampanan wajahnya.

Paling ketara sebelum meledaknya siri Squid Game, Ha-joon hanya memiliki sekitar 300,000 pengikut di Instagram. Namun, kini jumlah pengikut Instagramnya melonjak ke 9.4 juta orang.

Sebelum Squid Game, aktor berusia 30 tahun itu pernah membintangi filem seram Gonjiam: Haunted Asylum pada 2108 dan membuat kemunculan perdana dalam dunia perfileman menerusi filem Coin Locker Girl pada 2015.

Terbaharu, Ha-joon akan kembali ke set penggambaran siri popular itu apabila pengarahnya Hwang Dong-hyuk mengesahkan Squid Game musim kedua bakal diterbitkan.

Squid Game merupakan siri paling popular pernah diterbitkan Netflix apabila meraih 111 juta tontonan sejak mula disiarkan pada September lalu.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI