fbpx

Mengujakan, sah Squid Game ada musim kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBIKIN Squid Game, Hwang Dong-hyuk mengesahkan siri berkenaan akan bersambung ke musim kedua.

AWAL minggu ini, siri fenomena Squid Game mengadakan sebuah acara promosi bersama barisan pelakon dan pengarahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kemunculan semua bintang dan teraju utama siri berkenaan menuai perhatian peminat seluruh dunia yang masih belum dapat melupakan fenomena dicipta naskhah tersebut.

Keterujaan peminat melihat kemunculan pelakon siri tersebut berganda apabila pengarahnya, Hwang Dong-hyuk mengesahkan bahawa Squid Game akan dibikin untuk musim kedua.

Dong-hyuk yang juga merupakan penulis siri tersebut mengakui, dia menerima banyak tekanan dan permintaan daripada ramai pihak untuk musim kedua Squid Game.

“Kami macam tiada pilihan (untuk tidak melakukan musim kedua). Musim baharu sudah ada dalam kepala saya. Sekarang, saya sedang membuat perangkaan mengenainya.

“Masih terlalu awal untuk bercakap tentang bila dan bagaimana pembikinannya. Tapi saya janji. Watak utamanya, Gi Hun (lakonan Lee Jung-jae) akan kembali dan lakukan sesuatu untuk dunia,” dedahnya.

Siri yang mula ditayangkan pada 17 September lalu menerusi Netflix menduduki tangga teratas rancangan paling popular dalam platform berkenaan dengan jumlah tontonan lebih tiga bilion kali di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI